Thursday, October 16, 2008

ILHAM AKHYATT

Muzik berkumandang di segenap ruang rumah. Agak kuat bunyinya. VCD MTV Karaoke Mawi menjadi pilihan. Walaupun suara tidaklah semerdu bak buluh perindu namun sekadar untuk menghiburkan diri sendiri, bolehlah diterima oleh pendengaran orang yang mendengarnya.

“Hoi, korang ni tak reti diam ke?”

Serentak dengan suara itu, televisyen dan pemain DVD terus terpadam. Dan mereka pun terus terdiam sambil tunduk memandang lantai. Wajah yang bengis itu tidak berani ditatap. Tidak mungkin mereka dapat bertentang mata dengannya. Jelingan matanya menikam jauh sampai ke hati.

“Hey, aku warning korang! Sekali lagi korang melalak, meraung macam nak mampus ni, nahas korang.”

Bak halilintar suara itu menyambar gegendang telinga mereka. Hanya mampu menelan liur sahaja. Tidak berani bertindak apa-apa lagi. Walaupun pemilik suara itu kecil molek namun, suaranya sangat kuat sehingga boleh mengejut orang lain yang sedang nyenyak di kamar tidur.

“Sorry, Elly.”

Elly mendegus kasar lantas menapak kembali ke kamarnya. Wajahnya masam mencuka. Teman-teman diruang tamu perlahan-lahan mengangkat muka bagi memastikan Elly sudah meninggalkan mereka.

“Hoi, korang tak reti diam ke?”

“Hey aku warning korang. Sekali lagi korang melalak, meraung macam nak mampu ni, nahas korang.”

“Sorry, Elly.”

Mereka tertawa kecil. Seketika tadi mereka diam membisu. Tapi sekarang mereka boleh mengejek pula teman mereka yang baru sahaja memarahi mereka kerana membuat bising. Itulah mereka yang sebenarnya. Bila berdepan tidak berani bertentang mata, apabila dibelakang mereka mengejek sesuka hati.

“Macamlah kita ni pekak. Menjerit macam nak terkeluar anak telinga aku.”

“Memang korang tak pekak tapi tak faham bahasa.”

Mereka telan liur. Sekelip mata teman mereka yang tadi sudah naik ke kamarnya sudah berada kembali di situ. Masing-masing gundah gulana. Janganlah berlaku apa-apa yang tidak diingini terjadi searang, itulah doa mereka di dalam hati.

“Erk…”

Tanpa sempat teman-temannya berkata apa-apa, Elly terus melangkah keluar dari rumah. Dia terus menghidupnkan skuter moskito biru miliknya. Teman-temannya melepaskan nafas lega. Mujurlah Elly terus keluar.

“Alhamdulillah. Terima kasih Allah kerana masih mengawal marah kawan kami.”

Mereka sama-sama mengaminkan doa salah seorang dari mereka, Mirza. Masing-masing kembali menghidupkan semula televisyen dan pemain DVD. Mereka masih mahu menghiburkan hati walaupun seketika tadi mereka ditengking oleh Elly.

Nadia dan Mirza sudah terlena di ruang tamu kerana menunggu kepulangan Elly. Setelah lama mereka kenal, namun inilah kali pertama Elly tidak pulang walaupun sudah hampir 1 pagi. Paling lewat pun Elly akan sampai di rumah sewa mereka pada jam 10 malam. Tapi malam ini tidak kunjung tiba.

Mereka resah. Mula terasa risau. Manalah tahu kalau-kalau sesuatu berlaku kepada Elly. Sudahlah teman mereka itu tidak memberitahu ke mana dia pergi. Di manakah mereka boleh mencari dia? Oh sudah tentu tidak akan berhasil apa-apa jika mereka keluar mencari sekali pun.

“Manalah minah ni pergi?”

Ayana angkat bahu. Matanya sudah mengantuk sebenarnya. Tapi dia tahan jua demi menanti kepulangan temannya yang seorang itu. Selepas peristiwa dia menengking mereka semalam, mereka masih belum melihat wajah Elly di rumah ini.

“Melampaulah dia ni.”

Fifi naik geram. Dia sudah lama bersabar dengan karenah Elly selama ini. Bukan sehari dua, bukan seminggu dua, bukan seminggu dua, bukan juga setahun dua tetapi sudah hampir empat tahun mereka terpaksa melalui saat-saat ini.

Tanpa sebab yang kukuh tiba-tiba mereka berempat menjadi tempias api kemarahan Elly. Mahu sahaja mereka memprotes namun mereka takut apabila melihat wajah Elly yang tidak pernah senyum itu. Wajahnya asyik masam mencuka.

Beberapa ketika kemudian, pintu rumah dibuka. Tersembullah wajah Elly yang kelihatan agak letih itu. Melihatkan wajah Elly yang sebegitu Ayana bersimpati terhadap temannya itu. Mereka terlalu rapat dulu. Jadi dia mudah bersimpati tidak kira apa yang sudah dilakukan terhadapkan.

“Tak sihat ke Elly?”

“Aku sihat ke tak, punya pasallah.”

Sungguh kurang ajar sekali Elly mejawab soalan Ayana. Tersentak temannya bila soalannya dijawab sebegitu. Fifi gigit bibir. Ini boleh menaikkan marah, kata hatinya. Serentak itu. Nadia dan Mirza yang terlelap telah tersedar dari lena mereka. Tanpa mengetahui hujung dan pangkal mereka diam dan menjadi pemerhati sahaja.

“Kau ni dah melampau la Elly. Yana tanya kau sebagai seorang sahabat, kau menjawab macam musuh. Tak rasa bersalah ke?”

“Apa aku peduli?”

Barulah Mirza dan Nadia faham. Rupanya Elly bersikap kurang ajar dengan Ayana. Mereka kembali segar selepas melihat adegan itu. Mungkin ini malam terakhir mereka bersabar dengan sikap Elly.

Sekian lama, buat kali pertamanya Fifi mula berani melawan pandangan mata Elly. Dia juga berani bersuara pada kali ini. Mirza juga semakin berani untuk bertikam lidah dengan Elly. Sudah bertahun-tahun mereka bersabar, namun tidak lagi sekarang. Elly semakin kejam terhadap mereka berempat.

“Tolonglah hormat we all as friend okey! Jangan melampau sangat.” Tokok Mirza.

“Pergi mampuslah dengan istilah kawan korang tu.”

Elly melangkah ke arah anak tangga. Namun Mirza menahan dia dari meninggalkan ruang tamu ini. Dia mahu adakan perhitungan dengan Elly. Temannya itu harus disedarkan. Semakin lama membiarkan dia dalam dunia sendiri, semakin menjadi-jadi perangainya.

“Hey kawan, kau memang biol! Tergamak kau cakap macam tu. Jangan lupa ikatan persahabatan kita ni dah terlalu lama terjalin.”

Elly mencebik. Dia memekakkan telinganya. Malam-malam begini ada pula orang menambahkan suhu badannya. Mujurlah dia agak kurang panas daripada biasa. Cuba menenangkan diri buat seketika.

“Za dahla tu. Stop it.”

“What stop? Kita dah banyak mengalah dengan dia. Tapi dia masih macam tu. Heh perempuan, apa masalah kau?”

Mirza tiba-tiba naik angin. Dia geram dengan sikap Elly. Sudah lama dia memendamkan perasaannya tapi tidak malam ini. Dia tidak mahu memendam perasaan lagi. Dia harus meluahkan perasaannya pada Elly sekarang juga. Kalau dia simpan lagi itu menambahkan sakit pada hati dan perasaannya.

“Heh perempuan kau tu yang ada masalah.”

Sebaik sahaja perkataan Elly dinokhtahkan, tiba-tiba terasa wajahnya kebas. Hayunan penumbuk Mirza tepat pada sasarannya. Badan Elly terdorong ke belakang sedikit. Ayana pejam mata rapat. Fifi dan Nadia berpandangan sesama sendiri. Tidak berapa lama kemudian mereka melihat ada darah mengalir dari hidung Elly.

“Ini baru pesanan ringkas.”

Mata Elly terpejam, lantas tubuh menyapa lantai. Mujurlah Fifi sempat menahan Elly daripada mencium lantai. Kali ini Mirza tergamam. Adakah terlalu kuat tumbukannya? Dia rasa bersalah. Dia memandang Nadia an Ayana dengan perasaan yang bercampur baur.

“Astagfirullahalazim. Apa aku dah buat ni?”

“Lagi mau tanya ka?”

Mukanya masih terasa sakit lagi. Namun terpaksa juga dia memaksa dirinya untuk menghadiri kelas. Sudah beberapa hari dia ponteng kelas dengan sengaja. Banyak mata memandang dia lain macam. Tentu hairan melihat wajahnya yang lebam itu. Ini semua kerana Mirza. Marah benar dia pada Mirza sekarang.

Elly singgah di kafeteria untuk menjamah sedikit makanan sebelum masuk ke kelas yang akan bermula kira-kira 45 minit lagi. Dia membeli minuman dan sandwich untuk sarapan paginya. Itu sudah cukup untuk mengalas perutnya. Dia memandang sekitar dengan pandangan kosong kemudian meneguk minumannya.

“Hai, Ilham!

Diam. Tiada sahutan. Seolah-olah dia menyapa orang bisu. Tetapi itu tidak melunturkan hasratnya untuk berbicara dengan bunga idamannya. Dia duduk di situ tanpa kebenaran. Bukan dia sahaja tetapi dua sahabat karibnya yang sentiasa bersama juga.

“Kenap muka Ilham ni?”

Diam lagi. Masih tiada jawapan daripadannya. Dia memekakkan telinga dan membutakan mata, seolah-olah dia sedang berada bersendirian. Malah dia menikmati sarapan pagi dengan enak sekali walaupun hakikatnya tidaklah seenak mana pun.

“Sombong betul. Anak sapa la ni.”

“Eh, mangkuk! Kalau dah macam ni lah rupanya, mestilah anak orang. Apa kau dah tak dapat bezakan anak orang dengan anak beruang ke?” Elly bersuara jua.

Setiap hari inilah yang terpaksa dia lalui. Sering sahaja menjadi mangsa lelaki-lelaki ini. Mereka tidak pernah lokek dengan idea-idea baru untuk menyakitkan hatinya. Walaupun dia tahu mereka sekadar main-main namun itu bukanlah yang dia mahu. Dia benci akan semua itu.

“Garang betullah kau. Nak tengking orang je. Ni mesti gaduh la ni yang lebam-lebam ni. Dahsyat eh kau ni.”

Elly gigit bibir. Dia terus mengambil beg dan menapak meninggalkan tempat duduknya. Dia tidak menghabiskan makanan yang masih berbaki. Dia tidak boleh berada di situ lagi. Dia sakit hati dengan mereka. Lagi cepat dia pergi lagi cepat dia tenang daripada mereka.

“Kau masih suka Amy?

Soalan Ishqal dijawab dengan senyuman sahaja. Itulah jawapan yang dia ada. Minuman yang ditinggalkan oleh Elly diteguknya. Sudah menjadi perkara biasa sejak dulu. Namun ada sesuatu telah berlaku kepada dia.

“Masih tak berputus asa?”

Masih juga tersenyum. Dia malas mahu memberi jawapan kerana jawapannya sama seperti dahulu juga. Ishqal dan Azhan mencebik. Mereka tahu isi hati Akhyat. Sudah lama mereka kenal antara satu sama lain. Malah sudah tahu isi hati masing-masing.

Tidak jauh dari tempat yang mereka duduk, kelihatan dua gadis sedang berjalan menuju ke kafeteria. Ishqal tersengih memandang Azhan. Mungkin ada idea sedang berlegar di mindanya. Lantas dia melambai tangan kepada dua gadis itu dan kemudian mengenyet mata kepada mereka. Tidak semena-mena mereka membalas.

“Aik, kenapa balas?”

“Diorang dah masak dengan usikan kau tu.”

Tidak sampai setengah minit kedua-dua mereka sudah berada di situ sambil tersenyum. Lantas duduk bersama mereka. Ishqal dan Azhan hairan lagi. Akhyat tertawa melihat dua sahabatnya yang dilanda seribu pertanyaan.

“Hai, Han you look so handsome today, so do you Qal.”

Fifi menyapa sambil mencuit dagu Azhan dan Ishqal. Cepat-cepat mereka menepis cuitan manja Fifi. Tidak mahu adegan ini dijadikan tontonan umum. Seram sejuk mereka dibuat Fifi hari ini. Pertama kali mereka diperlaku begitu oleh Fifi.

“Buang tabiat ke?” marah Ishqal.

Fifi dan Nadia tertawa. Selama ini mereka sering sahaja dijadikan mangsa usikan lelaki-lelaki itu. Hari ini mereka pula yang mengambil alih dengan menjadikan Azhan dan Ishqal sebagai mangsa mereka.

“Ketawa je. Sumbat cawan ni kang. Eh, tadi we all nampak Elly. Apa hal muka dia tu?”

Fifi mengerutkan dahinya. Dia tidak pasti mahu memberitahu atau tidak. Nadia pula terus pergi membeli makanan untuk dia dan Fifi. Dia tidak mahu bercakap mengenai hal kesan lebam itu. Lagipun itu bukan penting pun.

“Hai, my dear friends!”

Taman tasik ini agak lengang. Elly memilih tempat duduk yang paling hampir dengan tasik buatan ini. Dia mengeluarkan sebuah buku untuk dijadikan bahan bacaannya. Dia membuka buku setebal 600 halaman itu satu persatu. Namun fikirannya menerawang jauh. Suara-suara kisah lalunya kedengaran terlalu dekat.

“Saya sayang awak. Lebih dari nyawa saya sendiri.”

“Aku suka dia. Kau lebih pentingkan kawan, jadi aku mintak kau bagi dia pada aku. Aku kan kawan kau. Aku kawan kau. Aku kawan baik kau.”

“I love you so much.”

“Dia tak cinta kan kau. Dia main-main je. Percayalah cakap aku. Aku tak tipu. Aku kawan kau. Aku kawan baik kau Elly. Kawan baik kau.”

“Sedarlah Elly, perjalanan hidup kau masih panjang. Kau tak boleh tumbang macam ni. Bangunlah Elly. ”

“Tolonglah hormat we all as friends, okey. Jangan melampau.”

Kepala Elly tiba-tiba sakit. Suara-suara itu menganggu jiwanya. Suara-suara itu menyebabkan dia hilang pertimbangan. Suara-suara itu juga buat dia jadi begini. Buku tebal itu ditutup kembali. Dia memicit kepalanya. Berdenyut-denyut kepalanya.

Untuk menghilangkan sakit Elly memejamkan mata untuk seketika. Namun wajah-wajah itu menerjah ke matanya. Wajah sahabat-sahabatnya. Wajah ibubapanya. Wajah semua orang yang terlibat dalam hidupnya juga. Kepalanya bertambah sakit. Dia membuka mata kembali. Dia sudah tidak mampu bertahan lagi.

Hanya satu cara menghilangkan kesakitan itu. Menjerit. Apabila dia menjerit kesemua kenangan lalu akan hilang. Dia tidak boleh kembali ke kisah lalunya. Dia perlu memandang ke depan tanpa mengingati kisah lalunya.

“Ya Allah bantulah hamba-MU ini.”

Elly menarik nafas dalam-dalam. Dia meraup wajahnya. Dia menyapu matanya. Ada sedikit cecair hangat di situ. Dia menangis sebenarnya. Walaupun tidaklah sebanyak mana air mata yang tercurah namun sudah cukup untuk mengatakan dia menangis.

“I’m sorry, honey.”

“Leave me.”

Mirza mengeluh panjang. Hatinya berkata-kata sendiri. Degil sungguh Elly ni. Dah banyak kali orang pesan jangan balik lambat. Dia ni tak faham bahasa ke apa ni? Sengaja nak cari pasal. Aku bagi lagi sebiji baru tau.

“Kau kenapa Za? Macam geram je.”

Belum pun sempat Mirza menjawab, pintu rumah yang masih tidak dikunci terbuka. Dan Elly muncul di muka pintu. Empat pasang mata memandang dirinya. Namun dia tidak gementar dengan mata-mata yang merenungnya itu.

“Tau kau balik eh?” soal Mirza kasar.

“Erk…dah makan Elly. Kat dapur ada makanan lagi.”

Nadia cuba mengubah topik. Dia tidak mahu peristiwa beberapa malam lepas kembali. Dia tidak sanggup melihat aksi itu. Seolah-olah dia yang ditumbuk. Dia sangat berharap Mirza tidak mengulangi kesalahan itu.

“Apa pulak kau tak puas hati ni?” soal Elly pula.

“Banyaklah, kalau cerita lusa belum tentu habis. Aku ringkaskan untuk kau supaya kau faham. Dengar ni, jangan buat kami risau. Bagitaulah mana kau pergi, bila nak balik atau taknak balik-balik ke!”

Ayana menarik Mirza. Kalau dibiarkan tentulah makin menjadi-jadi. Entah dari mana Mirza mendapat keberanian sekarang ini. Mungkin dia sudah letih dianiaya sahabat sendiri lantas dia bertindak kejam sekarang.

“Aku tak mintak korang risaukan aku.”

Dengan selamba Elly melangkah menuju anak tangga dan terus menapak ke kamar yang dihuninya seorang diri. Langsung tidak mempedulikan mereka berempat. Tambah menyakitkan dia berkata, ‘aku tak mintak korang risaukan aku’.

“Za, kau ni janganlah over sangat. Jangan ditambah bara yang disimpan.”

Mirza duduk. Dia masih geram. Kenapa semua ini berlaku? Kalaulah perkara itu tidak berlaku tentu sekarang mereka gembira bersama. Tidak perlu ada perbalahan ini. Semua ini gara-gara seorang sahabat sehinggakan setiap insan bergelar sahabat terkena tempiasnya.

“Tak adil betul.”

Suasana di rumah sewa sunyi. Nadia, Fifi dan Mirza pulang ke rumah keluarga masing-masing. Hanya ada Ayana dan Elly sahaja. Kebetulan hari itu hujan. Mereka hanya terperap di rumah sahaja. Mood masing-masing kelihatan bagus, mungkin mereka boleh bertukar pendapat atau apa sahaja.

Elly merenung hujan diluar. Ayana memberanikan diri duduk di sisi Elly. Mungkin dengan berdua begini dia boleh berbincang dengan Elly tentang apa-apa hal yang menganggu sahabatnya itu. InsyaAllah. Itulah yang dia harapkan. Dia mahu membantu Elly selagi dia mampu asalkan dia boleh melihat senyuman manis gadis itu kembali.

“Kau ok?”

Agak gementar juga mahu memulakan bicara. Namun dia gagahi jua. Dia mesti berani. Bak kata orang, api jika di siram dengan air terpadam jua. Dia mahu gunakan pendekatan itu untuk berbicara dengan Elly.

“Ok, I think.”

“Elly, kalau ada apa-apa cakaplah! Tak elok kau pendamkan perasaan macam ni. Kau boleh percaya dengan aku. Aku janji dengan kau.”

Ayana bersungguh-sungguh mahu Elly meluahkan perasaan padanya. Dan Elly juga masih percayakan Ayana kerana selama ini tidak pernah sekalipun Ayana melakukan sesuatu yang boleh menyebabkan dia hilang kepercayaan kepada sahabatnya itu.

“Cuma teringat kisah lama kita.”

Sudah beberapa hari bumi dibasahi hujan. Ketika hujan perasaan Elly juga tenang. Dia jarang marah-marah lagi. Sedaya upaya dia paksa dirinya untuk tidak menengking sesiapa. Dia rasa agak ringan mindanya selepas meluahkan perasaannya pada seseorang.

Elly berjalan sendirian di koridor. Dia mahu pulang tetapi hujan masih belum berhenti. Dia terpaksa menghabiskan masa di situ buat beberapa ketika lagi. Tidak kisahlah. Lagipun dia tiada apa-apa tugas penting hari ini. Apa salahnya dia habiskan masa di kolej? Lagipun sudah lama dia tidak menikmati suasana kolej ini.

“Ilham, we need to talk.”

Tersentak dia dengan suara itu. Dia berpaling. Dia terus membuka langkah. Ingin melarikan diri daripada lelaki itu. Tetapi dia hanya bertemu dengan jalan mati. Tanpa berfikir panjang dia terus meredah hujan.

“Ilham, please listen to me.”

Dia masih dikejar jua. Dia tidak mahu berbicara apa-apa dengan lelaki itu. Malah tiada apa-apa yang ingin dibicarakan dengan lelaki itu. Hatinya masih sakit. Dia harus pergi jauh. Dia harus lari dari Akhyat.

“Yatt masih sayangkan Ilham. Tak boleh ke Ilham bagi peluang untuk Yatt buktikan?”

“Takde apa lagi yang Yatt boleh buktikan. Yatt dah curang dengan Ilham. Itupun dengan Lissa, kawan baik Ilham.”

Semua mata memandang mereka. Peristiwa dalam hujan itu sangat menarik perhatian teman-teman sekampus. Mungkin pada mereka, sedang menyaksikan drama mungkin. Semua asyik memerhati adegan itu termasuklah Ayana, Nadia, Fifi, Mirza, Azhan dan Ishqal.

Masing-masing terkejut dengan kejadian itu. Bagaimana pula boleh berlaku? Sejak bila Akhyat membuat keputusan untuk berdepan dengan Elly bersendirian seperti ini? Bukankah selama ini Akhyat hanya berani berdepan dengan Elly bersama mereka?

“Ilham, Yatt tak curang. Percayalah.”

“Nak percaya apa? Pernah Yatt jelaskan pada Ilham dulu? Pernah tak? Tak pernah kan? Setiap kali Ilham tanya, tak pernah Yatt nak bagi jawapan. Yatt just cakap tanyalah kawan baik Ilham. So, Ilham dah tanya. Jawapannya memang Yatt curang.”

Panjang lebar biacara Elly. Buat kali pertama dia banyak bercakap. Selama ini dia bercakap pun kerana hal-hal penting. Selain daripada menjawab soalan pensyarah, dia hanya menggunakan suaranya untuk menengking kawan-kawannya sahaja.

Tangan Elly ditarik. Dia terdorong ke dalam pelukan Akhyat. Dan Akhyat tidak melepaskan peluang untuk memeluk Elly sekuat hati. Sambil membisikkan kata-kata cinta dan membuat penjelasan untuk perkara yang hampir 4 tahun berlalu.

“I love you Ilham. Yatt tak sangka dia bagi jawapan macam tu pada Ilham. Dia pulak cerita sebaliknya pada Yatt. Sumpah Yatt tak tahu dia tipu kita. Yatt tak buat penjelasan sebab sakit hati sangat bila tahu respon Elly sangat negatif.”

“Tapi lepas tu Yatt tau dia tipu kan? Kenapa Yatt tak jumpa dengan Ilham? Kenapa Yatt biarkan Ilham macam tu?”

“I’m sorry. Yatt tau Yatt salah. Tapi Yatt tak tau macam mana nak cakap. Please Ilham bagi Yatt peluang.”

Elly menolak Akhyat sekuat hati. Lantas dia berlari meninggalkan Akhyatt. Dia pergi bersama air mata. Dia tidak pasti kenapa dia menangis. Adakah dia sedih? Atau dia gembira? Mungkin dia sakit hati? Hanya Tuhan yang tahu.

Selepas bermandikan hujan Elly telah diserang demam selsema. Dia tidak mampu untuk bangun. Dia hanya berbaring di katil. Suhu badannya sangat tinggi. Tetapi dia tidak mahu pergi ke klinik. Sudah berkali-kali Ayana dan Nadia memujuknya. Namun dia masih berdegil juga. Keras kepala sungguh.

Mujurlah ada Ayana dan Nadia yang sangat sabar melayan karenah dia. Fifi dan Mirza sudah lama menarik diri. Mereka tidak sesabar Ayana dan Nadia. Mereka membantu sekadar yang mereka mahu sahaja.

Kadang kala menghantar minuman ke kamar Elly pun mereka tidak mahu. Inikan pula mahu menyuapkan makanan untuk Elly. Tentu sekali tidak. Lagipun Fifi dan Mirza sedang membalas dendam dengan Elly kerana melayan mereka dengan kejam dulu.

“Yatt…Yatt…”

Ayana memandang Nadia. Mereka angkat bahu. Lantas dihalakan pandangan mereka kepada Fifi dan Mirza. Lagilah Mirza dan Fifi tidak faham kerana mereka mahu sahaja melangkah masuk ke kamar itu. Setibanya mereka disitu terus Ayana dan Nadia memandang mereka semacam. Lantas mereka menghampiri Ayana dan Nadia.

“Yatt…Yatt…Ilham sa…sayang Yatt.”

Rasa bersalah mendengar Elly meracau dalam tidak sedarnya. Takut terdengar ayat-ayat yang tidak sepatutnya pula. Mereka keluar dari kamar. Cukuplah mereka mendengar ayat itu. Yang lain-lain biarlah kamar yang tiada mata dan telinga itu menjadi saksi segalanya. Segala racauan Elly akan disimpan sendiri.

“Oh, tidak! Biar betul? Cinta kembali berputik selepas peristiwa dalam hujan?”

“Ala kalau Yatt masih terkejar-kejar walaupun dah hampir 4 tahun diorang dingin, tak mungkinlah Elly dah tak cintakan Yatt. Lagipun Elly tahu diorang dimanipulasikan oleh kawan baik kita si Lissa tu.”

Muncul wajah Lissa di benak fikiran mereka. Gadis berdarah campuran itu sangat cantik pada pandangan mata. Pakej sebagai perempuan paling sempurna di atas muka bumi ini. Sekilas pandang dialah sahabat sejati sanggup berkorban demi sahabatnya. Tetapi itu hanyalah pandangan pertama.

Orang yang disangka baik itu rupa-rupanya sangat teruk perangainya. Hanya kerana seorang lelaki dia sanggup menipu sahabatnya sendiri. Malah dia memfitnah sahabatnya demi mendapat lelaki yang dicintai oleh dia dan sahabat karibnya itu. Kerana Lissa, Elly berubah menjadi orang lain sehingga mereka sendiri turut tersiksa.

“Nurailly Ilhami ni satu-satunya Ilham Akhyat. Takde sapa boleh gantikan dia pada mata Akhyat, kan?”

“Sebab dia Ilham Akhyat la, hampir 4 tahun Yatt sanggup tunggu.”

Masing-masing tersenyum. Mereka mengharapkan sesuatu yang indah untuk Elly. Sudah lama teman mereka itu menderita kerana salah faham yang dirancang itu. Kasihan Elly menjadi mangsa sahabat yang tidak bertanggungjawab.

“Apa kata bagitau Yatt. Maybe Yatt boleh pujuk dia pergi hospital. Paling senang klinik depan tu pun jadilah.”

Bijak juga idea Mirza. Buat kali pertama idea Mirza tanpa dendam. Mereka setuju sahaja. Ayana mengambil telefon dan menghulurkan kepada Nadia supaya Nadia yang menghubungi Akhyat. Tetapi Nadia menghulurkan telefon kepada Fifi seterusnya kepada Mirza. Akhirnya Ayana sendiri yang terpaksa bercakap dengan Akhyat.

“Tak boleh haraplah korang ni.”

Ayana mendail nombor telefon Akhyat yang sememangnya dia tahu. Belum pun sempat panggilan telefonnya dijawab tiba-tiba terdengar sesuatu dari bilik Elly. Serta merta mereka berlari ke kamar sahabat mereka itu.

“Ya Allah. Elly kenapa ni?”

Elly sedang terbatuk-batuk dan memuntahkan isi perutnya. Fifi dan Mirza tidak jadi masuk. Mereka agak alah dengan suasana begitu. Tetapi selepas berfikir sejak mereka melangkah masuk jua. Lagipun, wajah Elly pucat seperti mayat. Risau juga kalau-kalau sesuatu berlaku nanti.

“Kenapa korang tak bagitau aku?”

Akhyat mencengkam bahu Fifi sekuat hati. Dia agak marah bila mendapat tahu Elly dimasukkan ke hospital. Wajah Fifi berkerut. Dia mengaduh sakit. Hampir berair matanya menahan sakit. Mujurlah ada Ishqal yang membantu menenangkan Akhyat. Kalau tidak mahu lebam bahu Fifi dek cengkaman maut Akhyat itu.

“Ayana call nak bagitau kau. Tapi tiba-tiba dia jadi camni. Macam mana nak bagitau lagi, faham-fahamlah.”

Lelaki itu tidak senang duduk. Dia berlegar-legar ke hulu dan ke hilir. Hanya Tuhan yang tahu betapa dia susah hati sekarang. Dia risau akan gadis pujaannya itu. Sudah terlalu lama dia menyayangi Nurailly Ilhami, dia tidak sanggup kehilangan gadis itu.

“Janganlah risau. Dia cuma demam. Sekarang dia tengah berehat. Kalau nak masuk silakan tapi jangan ganggu dia. Dia sangat lemah sekarang.”

Penjelasan doktor buat Akhyat terus meluru masuk ke dalam wad Elly. Teman-teman yang lain membiarkan sahaja dia masuk seorang diri. Mereka faham dengan situasi sekarang. Biarlah Akhyat meluangkan masa bersama Elly bersendirian. Lagipun itulah yang diingikan oleh Akhyat sendiri.

“Ilham, buka mata ni. Jangan takutkan Yatt. Please, sayang.”

Agak lama Elly diam. Selepas terasa air hangat di wajahnya, mata dia terbuka perlahan-lahan. Dalam kabur dia dapat mengecam itu adalah Akhyat. Dia tersenyum kelat. Melihatkan senyuman itu Akhyat terus mengucup tangan Elly. Dia sangat bahagia selepas melihat senyuman itu. Dia tahu tentu mereka tidak akan membenci antara satu sama lain lagi.

“Sa…saya kan Il…Ilham awak. Mana bo…boleh saya mati dulu se…sebelum awak.”

Ayat pertama ungkapan Elly sangat bermakna. Sudah lama dia tidak mendengar ayat itu dari bibir gadis pujaannya. Terasa seperti lukanya kembali sembuh dengan pengakuan itu. Kalau ikutkan hati mahu sahaja dia memeluk Elly tapi doktor sudah berpesan Elly sangat lemah.

“Tanpa Ilham hidup Akhyat tak berguna.”

“Jangan percaya Elly. Dia tipu ni.”

Sergah Ishqal. Sengaja dia mahu menganggu ketenteraman dua kekasih ini. Dia memang tidak boleh tengok orang senang ada sahaja akal dia untuk menganggu. Namun itulah Ishqal yang menjadi pujaan Fifi sejak dahulu sehingga sekarang. Cuma Ishqal tidak pernah tahu Fifi ada perasaan terhadap dia.

“Kau jangan jealous lah Qal. Jangan nak dengkikan kebahagiaan orang. Campak kau ke bawah baru tau.”

“E’eh budak Fi sorang ni nak kena luku ke, sibuk je hal orang-orang tua.”

Elly tersenyum lagi. Hampir tertawa juga. Dia terbatuk kecil. Sudah lama dia tidak menikmati keindahan ini. Hari ini dia kembali kepada dirinya yang dulu. Dirinya yang sangat disenangi oleh sahabat-sahabatnya.

“Ala manisnya senyuman dia. Sikit lagi mesti nampak lesung pipit.”

Mirza mencubit pipi Elly lembut. Nadia dan Ayana tertawa kecil. Puas hati mereka sekarang. Terima kasih, Allah! Kerana kembalikan senyuman sahabat kami. Ya Allah Ya Tuhanku kekalkan senyuman di wajah itu buat selamanya. Doa mereka dalam hati.

Akhyat tersenyum puas. Tenangnya hati selepas melihat orang tersayang tersenyum di depan mata. Ya Allah, terima kasih kerana pulangkan Ilham ku. Jadikanlah dia Ilham ku buat selamanya. Amin…

No comments: