Thursday, October 16, 2008

CINCIN 3 PERMATA

Botol 100 Plus dihadapan dipandang sepi. Tiada mood untuk menghabiskan minuman walaupun hakikatnya itulah menjadi minuman kegemarannya sejak dulu. Keluhan panjang kedengaran amat berat. Teman disisi berpaling memandang dia yang berwajah muram. Sejak beberapa minit tadi, sepatah pun tidak terbit dari bibirnya.

“Luq…Luluq…hm…Luluq Najwa!”

Dia tersentak. Terkebil-kebil dia memandang ke sebelah. Temannya geleng kepala. Entah apa yang bermain di fikiran gadis itu sehingga dia tidak mendengar namanya dipanggil. Hairan, sejak bila Luluq menjadi seorang yang gemar termenung? Selama 10 tahun mereka berkawan, tidak pernah sekalipun Luluq termenung panjang, sebaliknya asyik tersenyum dan tertawa.

“Kenapa ni? Ada masalah ke?”

“Taklah.”

Luluq geleng kepala. Minumannya yang masih berbaki disedut. Dia kembali merenung ke depan. Kali ini entah apa pula yang difikirkannya. Hanya dengan beberapa jam wajah riangnya menjadi sesuram ini. Tentu ada sesuatu telah berlaku pada temannya itu. Tetapi agak sukar untuk dia tafsirkan. Cincin yang baru tersarung ditenung sekilas pandang.

“Luq, cakaplah kenapa?”

“Takde apa. I’m ok, Ryss.”

Ryss geleng kepala. Masakan tiada apa-apa. Jika tiada apa-apa, kenapa begini jadinya? Mesti ada perkara berat yang menimpa dirinya. Ada masalah kewangan? Tak mungkin, Luluq anak orang berada. Habis apa agaknya? Pelbagai soalan bermain di minda Ryss. Sukar untuk meneka kerana agak payah melihat temannya bersedih hati.

“Habis tu kenapa muka macam ni? Jangan menipulah Luq. Kita dah kenal lama. Muka kau ni memang bukan muka tak ada apa-apa. Tak baik tipu, Luq.”

Luluq diam. Dia terus bangun dari tempatnya dan melangkah meninggalkan Ryss kebingungan. Tanpa berlengah, dia turut sama meninggalkan tampat duduk dan mengejar Luluq yang sudah agak jauh. Penat juga mengejar Luluq. Harap-harap temannya itu tidak merajuk.

“Luq, tunggulah.”

Luluq tidak berpaling sebaliknya terus melangkah tanpa menghiraukan Ryss dibelakang. Dia membiarkan Ryss mengejarnya. Bukan niatnya mahu mengabaikan Ryss tapi dia tidak tahu kenapa mindanya sekarang tidak mahu terganggu dengan sesiapa. Dia mahu bersendirian. Dia mahu tenangkan fikirannya yang agak terganggu buat masa ini.

“Ryss, jangan ikutlah. Aku susah hati ni.”

“Ha, kan dah cakap! Ok, ambil masa. Nanti cari aku.”

Ryss berhenti sebelum sempat beriringan dengan Luluq. Dia amat memahami. Biarlah temannya itu pergi menenangkan diri dulu. Lambat laun Luluq akan datang mencari dia juga. Mereka sudah lama bersama, dan masing-masing memahami akan diri masing-masing.

“Thanks, Ryss.”

“Most welcome, dear!”

Bintang dilangit jadi tatapan matanya. Pada waktu ini, dia masih belum mengantuk. Dia tiada mood untuk tidur. Fikirannya masih lagi menerawang jauh memikirkan masalah yang sedang dia hadapi. Saat ini dia teringatkan Ryssa yang dia tinggalkan siang tadi. Nampaknya hanya Ryssa sahaja yang muncul difikirkannya. Hanya itulah tempat dia mengadu.

Lantas telefon bimbit dicapai. Nombor telefon Ryss didailnya. Dia tidak pasti samada temannya itu sudah tidur atau tidak. Dia amat mengharapkan Ryss masih berjaga. Dia sangat memerlukan temannya itu. Hanya pada Ryss tempat dia meluahkan perasaannya. Tatkala dia kesunyian, tatkala dia ketegangan dan bila-bila sahaja hanya pada Ryss sahaja dia mengadu.

Sekejap sahaja panggilannya telah berjawab. Kedengaran suara Ryss dihujung talian. Masih belum tidur agaknya. Suara Ryss masih ramah berbicara. Hanya Luluq sahaja yang tidak bermaya. Walaupun belum mengantuk namun suara amat lemah seperti terlalu mengantuk.

“Ryss, sorry ganggu! Aku ada problem sebenarnya!”

“Dah agak dah. Apa masalahnya?”

Luluq diam sejenak. Patutkah dia meluahkannya sekarang atau adakah lebih baik jika dia bertentang mata sahaja dengan Ryss supaya dia lebih mudah membuat penjelasan kepada temannya itu? Dia mengeluh panjang. Ryss di hujung talian mengerutkan dahinya. Tidak memahami reaksi itu. Apa maknanya?

“Ryss, esok aku nak cakap dengan kau. Penting sangat. Kita jumpa esok ye. Please, big problem yar!” Ujar Luluq.

Ryss mengiyakan sahaja. Kerana dia tahu, hanya dia tempat temannya itu mengadu hal. Jika mahu mengaharapkan keluarganya, memang tidak mungkin. Semua ahli keluarganya sangat sibuk dengan hal masing-masing. Jarang sekali dia dapat melihat Luluq bersama keluarganya kecuali pada hari-hari tertentu.

“Ok, aku jumpa esok. Sekarang kau nak cakap ape-ape lagi? Kalau nak luahkan apa-apa, cakaplah. Aku belum mengantuk.”

“Tak. Esok aje. Aku nak tidur dulu. Thanks, Ryss. Selamat malam.”

Sebelum melelapkan mata cincin dijari manisnya sekali lagi direnung dan ditenung. Cincin tiga permata ini sangat menarik. Sangat cantik. Seperti ada kisah lalu pada cincin ini. Tapi apakah kisahnya, ya?

Luluq bersandar pada pohon itu. Pandangannya dilemparkan jauh ke dalam tasik. Ryss pula duduk di atas batu berdekatan. Dia menguis tanah dengan sebatang kayu kecil. Sejak mereka berada di situ, sepatah pun mereka tidak berbiacara sebaliknya mereka berdiam diri. Ryss membiarkan Luluq mengambil semangatnya. Mungkin dia masih tidak tahu samada mahu berkongsi atau tidak. Lantas cincin dijari itu dijeling spintas lalu.

“Ryss, next two week aku nak bertunang.”

“What?” Ryss terbangun.

Dia terkejut. Biar sungguh? Sejak bila Luluq ada teman lelaki, tiba-tiba sahaja mahu bertunang. Tidak pula dia tahu sebelum ini. Sampai hati Luluq merahsiakan semua ini daripadanya. Kecil hati kawan.

“Parent pilihkan. You wish?”

“Luq, don’t know! Kau macam mana? Setuju je?”

Luluq angguk. Hanya itu dia mampu. Memang dia setujukan sahaja. Tetapi hatinya sekarang berbelah bahagi. Dia rasa keliru dengan semua itu. Masakan dia mampu menjadi seorang yang benar-benar ikhlas buat pilihan orang tuannya itu? Bolehkah dia? Tetapi dia sudah bersetuju tanpa berfikir panjang. Dan sekarang dia menyesal.

“Aku tak tau nak buat apa, so aku setuju je.”

“Bodohlah kau. Ini masa depan kaulah. Mana boleh setuju je.”

Marah sungguh Ryss dengan tindakan terburu-buru temannya itu. Banyak lagi pilihan lain. Setakat muka seperti Luluq, petik jari saja dia sudah boleh menemui lelaki yang benar-benar padan dengannya. Kenapa harus dipilih oleh keluarga pula? Ini bukan zaman dulu. Ini zaman sekarang. Zaman moden. Pilihan keluarga belum tentu menjamin kebahagiaan.

“Tak sanggup nak katakan tak.”

“Alamak, susahlah macam ni. Dah kau setuju, terima je. Dalam solat kau, doalah banyak-banyak supaya dapat suami senonoh.”

“Ryss, jangan takutkan akulah.”

Wajah Luluq berubah lagi. Ryss tertawa. Bukan niatnya mahu menakutkan Luluq. Tetapi dia sengaja mahu melihat reaksi temannya itu. Memandangkan Luluq sudah setuju, dia hanya mampu menyokong apa sahaja pilihan Luluq. Walaupun tidak bersetuju, namun pilihan orang tua mesti dihormati. Mungkin ada tuah.

“Patutlah kau lain macam…macam ni, kau rileks je. InsyaAllah tak ada apa-apa. Pilihan parent kadang-kadang membahagiakan tau. Aku sentiasa sokong kau. Wish you luck.”

“Ryss, serius sikit.”

Luluq gigit bibir. Dia merasakan Ryss tidak serius. Wajah Ryss lebih kepada memainkan perasaannya. Ryss sembunyikan gelak tawa sambil berbicara. Yang pasti Ryss sedang mentertawakan dia dalam nyata. Kerana dia dapat melihat betapa Ryss tidak langsung memandang berat akan hal ini.

“Aku serius la ni. Kau nak aku buat macam mana lagi?”

“Jangan gelak boleh?”

Ryss angkat tangan sambil angguk. Dia cuba membuang tawanya. Dia kini serius memandang Luluq yang masam mencuka. Kasihan. Tentu pelbagai hal dia sedang fikirkan. Dan pastinya dia akan fikirkan keburukan lelaki yang telah dipilih untuknya. Ryss juga fikirkan yang sama. Siapalah lelaki itu?

“Ok, kau dah jumpa dia?”

“Tak nak. Aku takut. Aku jumpa dia hari nikah je.”

Ryss geleng kepala. Ini pula jadinya. Apa salahnya jika pergi berjumpa sebelum apa-apa hal. Ini masalah berat. Adalah lebih afdal jika melihat dahulu wajah bakal tunang atau suaminya. Sekurang-kurangnya tahu apa lebih dan apa yang kurang pada wajah itu. Paling kurang pun mesti dapat mendengar suaranya. Kata orang dari suara kita tahu bagaimana orangnya.

“Biar sungguh kau ni? Kalaulah dia tu tak sempurna?”

Luluq tidak senang duduk.majlis pertunangan yang juga majlis pernikahannya makin dekat. Soalan Ryss masih terngiang-ngiang di telinga. Kalaulah dia tu tak sempurna? Habislah dia jika lelaki itu bukan lelaki yang menjadi lelaki idamannya. Bagaimana jika lelaki itu tidak sedap mata memandang? Bagaimana dia akan menjalankan tanggungjawab sebagai isteri, jika suami sendiri pun dia tidak sanggup untuk dia lihat?

“Luq, kenapa?”

Luluq tersentak. Dia berpaling. Sepupunya, Ariane sudah berada di belakangnya. Dia sekadar tersenyum kelat buat Ariane. Sepupunya ini, baru sahaja tiba dari Jepun pagi tadi. Dia teruja bila mendengar Luluq akan bertunang sekaligus menikah. Dia sanggup memohon cuti panjang demi sepupunya.

“Japannese ni, sergah aje tau.”

“Mana ada sergah. Orang dah bagi salam tau. Dia yang tak dengar. Terkenangkan si teruna ke?” Usik Ariane.

Cepat-cepat Luluq geleng kepala. Macam mana nak jumpa Ariane oi, jangankan muka suara pun aku tak pernal kenal lagi. Hampehkan, jadi aku! Bakal tunang pun tak boleh tengok. Jual mahal sangat aku agaknya. Nasi dah jadi bubur. Menyesal pun tak guna. Berdoalah banyak-banyak sebelum nikah. Supaya suami aku seorang yang sempurna pada semua sifatnya. Kalau tidak, menyesal aku seumur hidup.

“Jangan nak memandailah. Tak sabar-sabar kau balik. Majlis tu lima hari lagi tau.”

“Majlis besar. Kenalah balik awal. Nanti melepas la. Rugi mak, nyah!”

“Tak rugi. Orang bagi dia tengok nanti. Siap ada vcd tau.”

Ariane tertawa. Buat lawak bodoh? Kau ingat aku tak tahu masalah kau? Parents kau minta aku balik awal untuk cuci minda kau. Biar kau tak susah hati sangat. Asyik sembunyi dalam bilik. Kelas tak pergi. Mentang-mentang dah jadi pensyarah, ingat hebat? Ariane mencebik. Mindanya berkata, takkan kahwin pun nak berkurung-kurung? Masalah besar ke?

“Mana best tengok orang kahwin kat vcd. Nak tengok real la.”

“Alahai, dulu artis kawin korang beli vcd takkan orang punya yang free taknak? Mengadalah. Saja nak menyakatlah ni. Muka penjahat ni.”

Tawa mereka meletus. Walaupun agak susah hati namun Luluq masih boleh tertawa. Ketawa untuk menghiburkan hati yang gundah. Tambahan pula dia mahu menyembunyi ketidakrelaannya terhadap pertunangan dan penikahan ini. Tapi dia tidak tahu, Ariane tahu serba sedikit tentang itu.

“Pura-pura ke?”

“Apa?”

Hujan turun membasahi bumi. Luluq mengeluh. Menyesal pula menyuruh Ariane menghantar dia ke kampus. Terpaksa pula dia menungu teksi dalam hujan sebegini untuk pulang. Hendak meminta Ryss datang menjemputnya sudah tentu tidak mungkin. Ryss juga ada tugasnya yang perlu diselesaikan. Tugas Ryss lagi berat dari dia.

“Shit, hujan-hujan ni mana ada teksi.”

“Cik Luluq susah hati ke tak boleh balik?”

Luluq berpaling. Seorang lelaki berdiri di belakangnya. Dari mana pula datang mamat ini? Tiba-tiba muncul di sini? Segaknya bukan main. Tapi siapa lelaki ini? Macho semacam. Dan bagaimana dia tahu nama Luluq? Lama Luluq merenung lelaki itu. Dia geleng kepala. Sungguh dia tidak mengenali siapa lelaki yang menegurnya.

“Saya kenal saudara?”

“Mungkin kenal. Mungkin juga tidak. ”

Lelaki itu tersenyum. Luluq mengerutkan dahi. Ini boleh menaikkan kemarahan. Tiba-tiba sahaja datang menyapa tetapi bila ditanya jawapan begini juga yang diberikan. Harap muka sahaja lsegak tapi perangai tidak. Luluq kembali berpaling menghadap jalan raya. Apa guna melayan orang yang bersikap acuk tak acuh.

“Cik Luluq Najwa, marah ke?”

“Taklah. Maaflah, saya tak suka bercakap dengan orang yang saya tak kenal.”

Luluq terus tidak berpaling. Dia mengeluarkan telefon bimbitnya. Dia sudah tidak mahu menunggu dengan lebih lama lagi. Sesiapa sahaja yang boleh menjemputnya, akan dia hubungi. Takut juga berada bersama lelaki ini. Manalah tahu, disebalik kesegakkan ini ada tersembunyi satu rahsia yang tidak enak pada pendengaran dan penglihatan.

“Luluq, saya hantarkan awak.”

“Awak jangan bagi saya memaki hamun awak. Saya tak kenal awak. Tolong jangan dekat. Saya belasah awak, kalau jadi apa-apa jangan tanya kenapa.”

Dia sudah naik marah. Geram sungguh dia dengan lelaki. Dia menjauhkan diri dari lelaki itu. Tetapi lelaki itu tetap mengekori dia. Dia gigit bibir. Adakah lelaki yang kacak bertali leher ini tidak siuman? Walaupun sudah di beri amaran tetap juga dia menghampiri Luluq. Makin lama Luluq terus berdiri di luar bumbung. Hujan yang agak lebat tidak dihiraukan. Biarlah basah daripada diganggu lelaki itu.

“Luq, hei hujan tu.”

“Saya tak nak berdiri or duduk sebumbung dengan awak…”

Tidak habis-habis Ryss mentertawakan Luluq. Walaupun seat keretanya basah, dia tidak kisah. Lucu bila melihat Luluq basah hanya kerana lelaki itu. Wajah Luluq masam mencuka, geram. Ketika Ryss berhenti mengambil dia di situ, dia sudah ketawa. Malah dia sempat melihat lelaki itu sambil angkat bahu dan tertawa lagi. Entahlah apa yang Ryss fikirkan. Sedangkan dia kesejukan selepas berdiri dalam hujan selama hampir setengah jam.

“Sudahlah. Aku tak suka kau gelak.”

“Aku bukan gelak kat kau. Aku gelak kat dia. Kesian dia kau buat macam tu. Mesti orang fikir dia bukan-bukan.”

Luluq mencebik. Bagaimana Ryss boleh kesiankan lelaki itu dan bukan dia? Ryss, aku basah macam ni kau kesiankan mamat tu? Biar sungguh kau ni. Hati Ryss berbicara. Sampai hati Ryss buat begini. Kecil hatinya. Biarlah. Sekarang dia sangat sejuk. Kalaulah dia demam, bagaimana majlis itu nanti?

“Hantar aku balik. Aku ni dah nak membeku tau.”

“Yang kau masuk peti siapa suruh? Elok-elok bawah bumbung lari ke luar. Nasiblah. Rumah kau jauh lagi. Tahanlah.”

Masih bersisa tawa Ryss. Luluq gigit bibir. Geram. Dia membiarkan sahaja Ryss tertawa. Dia bersandar dan membuang pandangan ke luar. Ligat berfikir, siapa lelaki tadi? Kenapa dia berada di situ secara tiba-tiba? Bagaimana dia tahu nama Luluq? Pelik. Sedangkan Luluq sendiri tidak mengenali malah tidak perasaan akan wajah itu.

“Siapa dia?”

“Apa benda?”

Dia geleng kepala. Malas mahu melayan Ryss. Dia mahu merajuk seketika. Nanti bila sudah bergelar isteri mana boleh lagi mahu merajuk dengan Ryss. Sekaranglah peluangnya. Nanti mereka tentu agak jauh. Dengar khabar, lepas bernikah Luluq akan mengikut suaminya ke luar negara. Itulah yang merisaukan Luluq sekarang. Dia sangat takut mahu berjauhan dengan Ryss. Dia sangat senang jika Ryss sentiasa bersama.

“Ala kenapa lama sangat ni? Bawa kereta ke, kura ni?”

“Hey, mak long! It’s rainy day ok. Jalan ni sesak…”

Agak marah. Ryss menjeling tajam. Luluq diam. Diam memandang depan. Tidak mahu memandang Ryss disiinya begtu juga sebaliknya. Mereka masing-masing membisu. Tiada mood mahu berbicara. Luluq membelek-belek cincin ditangannya. Cantik. Inilah cincin pertama menandakan dia sudah dirisik. Ada tiga butir permata kuning. Benar-benar muat pada jari manisnya. Malah sangat cantik.

Sejak beberapa hari ini cincin itu seolah-oleh mengingatkan dia pada seserang. Tapi siapa? Ah biarkan. Cantik sungguh. Dia haharp bakal suaminya nanti adalah sempurna seperti cincin ini. Yang menemani dia tidur sejak beberapa minggu kebelakangan ini. Mulanya dia ragu-ragu untuk menyarung cincin ini tapi sekarang dia sangat menyukainya.

“Tayang cincin ke?”

“Mestilah…cantik apa.”

Mencebik. Ryss mengutuk di dalam hati. Eleh, hari tu bukan main lagi taknak…buang tabiat ke Luq? Tak berani nak pakai la. Ragu-ragu. Dua tiga hari ni asyik dengan cincin tu je…suka sangat ke? Tak kena basuh minda dengan siapa? Hairan kau Luq, orang suruh jumpa tak nak. Takut, tak berani…alasan semua tu. Bebel Ryss dalam hati. Fikiran Luluq jadi tidak stabil dua tiga hari ini. Dua hari sahaja lagi dia akan dimiliki. Tentu dia susah hati.

“Karang jangan lupa mandi. Aku tak nak pengantin bersanding sambil bersin.”

“Eh, taulah aku jaga diri.”

Semakin hampir dengan tarikh perkahwinan pelbagai masalah dia hadapi. Dia sering membayangkan sesuatu yang tidak sepatutnya. Dia menganggu Ryss dipagi hari hanya kerana mahu mendengar pendapat Ryss. Kecoh rumah itu bila dia hilang tiba-tiba. Rupa-rupanya dia pergi ke rumah Ryss tanpa pengetahuan sesiapa. Mujurlah Ryss bertolak ansur.

Tetapi malam ini semuanya akan berlaku. Seketika nanti dia akan ditunangkan sekaligus dinikahkan dengan lelaki pilihan keluarganya. Dengan memakai persalin berwarna putih suci, dia sedang berdebar menanti saat dia akan menjadi permaisuri hati suaminya. Yang menjadi mangsa adalah Ryss. Sejak tadi dia tidak boleh bergerak ke mana-mana. Tangannya digenggam erat oleh Luluq. Kasihan dia. Dia redha.

“Kejam la Luq ni. Kesian Ryss tau. Kena usulkan korang jadi madu ni.”

“Hush, Ariane please…tak sanggup nak bermadu dengan dia.”

Luluq mencebik. Dia melepaskan tangan Ryss. Dia memandang wajahnya di cermin. Agak cantik. Dia berdebar-debar. Sejak semalam dia tidak senang duduk. Siang tadi dia tidak menjamah sebarang makanan. Dia hanya minum sahaja. Wajahnya jelas menunjukkan dia resah. Petang dia meminta kebenaran untuk melihat wajah bakal suaminya tapi tiada siapa melayan dia. Masing-masing membiarkan dia. Awal dulu ketika disuruh bertemu, dia yang jual mahal.

“Tengok dia dah belek cincin dia. Maklumlah, cincin tiga permata.”

“Korang jangan buat aku marah. Aku tengah kecil hati tau dengan korang. Malam bahagia aku, korang buat aku terasa.”

Tawa riang kedengaran. Suka mereka melihat Luluq begini. Tidak senang dia bila disakat oleh Ariane dan Ryss. Kalau Ariane dan Ryss dipertemukan habislah dia menjadi mangsa keadaan. Sekejap lagi majlis akan bermula, biasanya masa sekaranglah mereka akan mengusik pengantin. Biar berona merah wajah itu ketika bertemu dengan raja seharinya nanti.

“Ala cincin tu kan pemberi semangat kau. Cakaplah dengan dia sure tenang.”

“Sudah, tetamu dah sampai. Habislah kau Luq, org nampak tadi semua dah masuk dalam. Ryss pun tak boleh tolong. Macam mana muka dia ha?”

Bertambah laju degupan jantung Luluq. Dia membayangkan bakal suaminya seperti seorang lelaki kacak yang menjadi pujaan ramai tetapi seketika kemudian bertukar mejadi seorang yang sangat buruk. Dia geleng kepala. segera melenyapkan gambaran itu dari mindanya. Tenangkan fikiran untuk seketika.

“Macam Dr. Fadzley kot ke macam…”

“Sudahlah. Jangan cakap lagi. Tolonglah.”

Mereka tersenyum. Lantas wajah Luluq yang masam mencuka cuba mereka maniskan kembali. Memujuk dengan penuh perasaan. Mereka tidak mahu gambar perkahwinan cacat hanya kerana tiada senyuman pada raut wajah pengantin perempuan. Mujurlah ada Ryss yang boleh mengembalikan senyuman pada wajah itu.

“Kau dah jadi tunang orang tau. Dan…dah sah jadi isteri orang. Tahniah my dear friend. Hope you will enjoy your new life ya.”

“Ryss, i’m nervous!”

Ryss tersenyum. Dia memegang bahu Luluq dan menenangkan temannya itu. Hanya dia yang rapat dengan Luluq. Seperti dia adalah kakak Luluq. Sering berada di mana sahaja Luluq berada. Kini Luluq sudah berada di dunia baru. Dunia seorang wanita. Tanggungjawabnya kini akan bertambah. Tapi Ryss tahu, Luluq boleh memikulnya.

“Luq, aku yakin kau bahagia. Cincin tiga permata, Luq. Bermakna…”

“Cepat siap, diorang dah datang.”

Ryss mengenyit mata pada Luluq, dia membetulkan rambut temannya itu. Kemudian membiarkan Luluq di situ. Serta merta senyuman Luluq hilang. Dia gementar. Ditariknya nafas dalam-dalam bagi menenangkan dirinya. Dia melepaskan nafasnya perlahan-lahan.

“Assalamualaikum.”

Muncul beberapa orang wanita di muka pintu. Luluq menjawab salam dan mengukir senyuman kepada mereka. Dahinya berkerut. Siapa wanita ini? Kenapa wajah ini sangat dikenali? Tetapi siapa? Wajah ini memang sangat dia kenali suatu ketika dahulu. Dia tunduk bila terdengar ada sebuah pujian buat dirinya. Dia terpandangkan cincin dijarinya.

“Cincin tiga permata, suatu hari nanti saya nak lamar awak dengan cincin ni. Awak kena terima tau. Masa kita bertunang, ibu akan sarungkan cincin ke jari manis awak ni.”

“Eleh, macam awak nak lamar saya. Kita baru form two, la awak.”

Luluq angkat muka. Dia merenung wajah wanita itu. Memori lalu kembali bermain di minda. Terlalu lama tersemat di minda. Kini semuanya muncul semula. Jantungnya berdetak lebih kencang sekarang. Dia tidak tentu arah. Dia rasa dia semakin ingat. Ya dia semakin mengingati kenangan-kenangan itu.

“Nanti masa majlis pertunangan kita, malam tu juga adalah malam pernikahan kita. Masa tu ibu akan sarungkan awak cincin tiga permata yang berwarna merah yang membawa maksud, saya cintakan kamu.”

“Masakan semua tu akan terjadi. Awak dah nak pergi jauh mana awak nak ingat saya.”

Gelak tawa di dalam bilik mengejutkan Luluq dari lamunan. Dia tersenyum sahaja. Menyembunyi perasaan yang kian berkocak. Saat jarinya disarungkan cincin, dia perasan itu adalah cincin yang mempunyai tiga permata berwarna merah. Kini dia dapat merasakan apa yang muncul di mindanya sangat tepat.

“Lepas tu saya akan masuk ke bilik awak dan saya akan hadiah awak seutas rantai then saya akan kucup dahi awak kemudian ucapkan, saya cinta kamu.”

“Luq, salam ibu mertua ni.”

Luluq tersentak dia tersenyum malu. Terus tangan wanita itu dikucup mesra. Resah. Perasaannya tidak tenang sekarang. Dia tidak sabar-sabar mahu melihat siapa lelaki itu. Adakah budak lelaki yang menjadi temannya ketika disekolah dulu? Dia tahan perasaan. Dia tetap melayan ramah ibu mertuannya itu.

“Selamat pengantin baru. Selamat jadi menantu ibu.”

“Terima kasih.”

Sejurus kemudian, seorang lelaki kacak berbaju melayu putih sedondon dengan persalinannya. Mata Luluq terbeliak. Ya Allah, dia kah? Biar sungguh? Sekarang dia jadi keliru. Mindanya berserabut. Dia memandang Ryss yang tersenyum penuh makna. Sekarang bagaimana? Apa sebenarnya ini? Kenapa dia jadi begini? Tidak mampu berfikir buat masa ini. Semuanya temui jalan buntu.

“Luluq Najwa.”

Luluq tidak menjawab. Dia diam sahaja merenung wajah itu. Inilah lelaki itu. Dialah yang berada di sana pada masa itu. Kita ada dua kisah bersatu dalam mindanya. Mana satu yang benar? Atau kedua-dua ini bersangkut paut? Sekali lagi Ryss dipandang. Temannya itu tetap tersenyum bersama Ariane.

Kini matanya memandang mata tepat ke dalam mata lelaki yang sedang berdiri di depannya. Dia mengamati wajah itu. Benar inilah lelaki yang berada bersamanya ketika hujan dulu. Inilah lelaki yang telah menyebabkan dia basah. Tetapi cincin tiga permata ini bagaimana pula? Tidak mungkin lah lelaki ini adalah budak lelaki itu.

“Luluq Najwa, seutas rantai sebagai hadiah perkahwinan kita.”

Lantas lelaki itu memakaikan rantai itu ke lehernya. Lantas sebuah kucupan hangat singgah di dahinya. Saat itu lensa kamera berebut-rebut mahu merakamkan aksi itu. Luluq tergamam. Dia harus tahu. Dia perlu tahu. Dia akan bertanya walau apa sahaja keadaannya. Biarlah apa sahaja berlaku.

“Siapa awak? Kenapa pilih cincin tiga permata?”

“Cincin ni janji saya pada pujaan hati saya.”

“Jadi, awak…”

Lelaki itu angguk. Dia tersenyum. Luluq terpegun. Nampaknya impian dia untuk memakai cincin tiga permata kesampaian. Dia sudah berputus asa sejak dua tahun lalu. Saat dia sudah melupakan segalanya, mimpinya menjadi nyata.

“Cincin tiga permata buat isteri tersayang, bermakna saya cintakan awak.”

“Saya cintakan awak juga.”

No comments: